DATO’ ZAKARIA ARSHAD CEO FGV PENIPU BESAR???

Pada tahun lalu akhbar mingguan The Edge bertarikh 28 November hingga 4 Disember 2016 telah melaporkan kenyataan CEO dan Presiden Kumpulan FGV, Zakaria Arshad bertajuk “FGV expects to write off as much as RM 300 mil”



KERATAN AKHBAR MINGGUAN THE EDGE BERTARIKH 28 NOVEMBER HINGGA 4 DISEMBER 2016





KERATAN AKHBAR MINGGUAN THE EDGE BERTARIKH 28 NOVEMBER HINGGA 4 DISEMBER 2016


Secara dasarnya laporan tersebut menyatakan bahawa Zakaria mahu melupuskan hutang sebanyak RM 300 juta kerana ia dianggap sebagai kerugian yang tidak dapat ditebus semula,

Pada 8 Disember 2016, pihak pengurusan FGV dengan arahan daripada Datuk Zakaria Arshad telah memasukkan satu kertas untuk kelulusan pihak Lembaga FGV yang menyatakan hasrat untuk melupuskan hutang sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar The Edge.

Di dalam kertas cadangan untuk kelulusan itu jumlah keseluruhan yang mahu dilupuskan ialah sebanyak RM 71.7 juta.

KERTAS CADANGAN PENGURUSAN KEPADA LEMBAGA FGV UTK MELUPUSKAN HUTANG SAFITEX PADA 8 DISEMBER 2016


Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM 68.4 juta datangnya daripada Delima Oil Product Sdn Bhd, sebuah syarikat yang satu masa dahulu Zakaria merupakan CEOnya dan juga terletak di bawah cluster beliau semasa beliau memegang jawatan sebagai Cluster Head untuk Downstream sebelum beliau diangkat dengan penuh gah menjadi Presiden Kumpulan dan CEO Kumpulan FGV.
   
Jika kita perhatikan, jumlah RM 68.4 juta yang mahu dilupuskan itu datangnya dari perniagaan sebuah syarikat di Afghanistan dan Filipina. Setelah kita membuat semakan, syarikat daripada Afghanistan yang hutangnya mahu dilupuskan oleh Zakaria itu ialah syarikat Safitex, syarikat yang sekarang ini menjadi pertikaian hebat seantero Malaya hinggakan PM pun terpaksa masuk campur dalam kes FGV ni.

Zakaria mendakwa bahawa Safitex ialah sebuah syarikat yang telah lama berniaga dengan FGV, beliau mengenali pemiliknya malah Tan Sri Isa selaku Pengerusi FGV juga mengenali beliau.

DATO’ ZAKARIA ARSHAD BERSAMA PEMILIK SAFITEX, GHULAM YANG KONONNYA TIDAK DAPAT KELUAR DARI AFGHANISTAN.

Malah beliau mendakwa di dalam suratnya kepada Tan Sri Isa bertarikh 5 Jun 2017 bahawa “pihak DOP masih berusaha mendapatkan bayaran tertunggak termasuklah mengambil tindakan undang- undang kepada Safitex"




SURAT ZAKARIA ARSHAD KEPADA TAN SRI MOHD ISA , MEMPERTAHANKAN DIRI SEBELUM BELIAU MENERIMA SURAT TUDUHAN. 


Jadi maksudnya Zakaria mendakwa bahawa tunggakan hutang daripada Safitex itu masih boleh didapati dan diperolehi semula oleh DOP.

Ooooo.... Saya percaya apa Zakaria kata kerana dia CEO yang bersih dan hebat. Beliau anak peneroka. Takkanlah anak peneroka nak menganiyai peneroka sendiri. Hi, hi, hi...

Cuma satu soalan cepumas saya nak tanya. Kalaulah betul tunggakan hutang masih boleh diperolehi daripada Safitex sepertimana didakwa oleh Zakaria di dalam surat beliau, mengapakah pada 8 Disember 2016 di dalam kertas cadangan untuk kelulusan Lembaga FGV, Zakaria mahu melupuskan tunggakan hutang oleh syarikat Safitex yang berpengkalan di Afghanistan.

Kalau boleh kutip tak payahlah propose nak lupus. Ye tak?? Patutlah kau beriya-iya nak lupuskan hutang. Nasib baik Board FGV block paper tu dari lulus kalau tidak tak tahulah siapa yang akan kenyang.

Zakaria ni mahu betul-betul mahu membantu syarikat atau sebenarnya ada deal yang kau tak cerita ni. SPRM tak mau siasat kerzz. Amboi, amboi, amboiii.....


Mat Amboi!!!

Isu yg tersebar sekarang...Kenapa dan mengapa bila Tan Sri Isa Samad dan ahli lembaga pengarah perlu untuk memberi cuti 2 minggu kepada Dato Zakaria Arshad bagi memberi ruang kepada  pihak da.laman melakukan siasatan..senang bagi org faham..." ju.al minyak tapi duit tak dapat...

Point no. 1 
------------
➡ Audit Dalam FGV dan PWC sila siasat! Bukan shj dgn Safitex di Dubai, malahan hutang2 mrk yg berniaga minyak dan produk2 DOP (Delima Oil Products) anak syarikat FGV ini (CEOnya Dato' Zakaria sejak 2013/2014) juga berjumlah puluhan juta ringgit dgn syrkt Filipina dan Cambodia. Pelik & Mengapa???

DOP tak perlu semak dulu ke latar belakang syrkt2 ini? Mrk ini tak ada duit tapi diberikan kontrak berniaga puluhan juta dgn DOP. Tidak masuk akal??! Sudah tentu kelulusan ini tak ikut prosedur! Adakah DZ ada kepentingan? SPRM sila siasat! Audit sila bertindak!!
 Siapa yg menjadi master mind dlm urusan ini??!! Adakah DZ yg memberikan kelulusan bayaran??!


Adakah CEO DOP iaitu DZ pd ketika itu dia tak tahu atau dia ada kepentingan yg menjanjikan imbuhan yg lumayan?! Audit & SPRM sila siasat!!!

Comments